Saturday 31 December 2011

Happy New Year!

Assalamualaikum. Salam tahun baru drpd sy dan Ayra Jamal. InsyaAllah akan cube lebih kerap meng'update' blog tahun ini.

Harapan sy agar dpt hijrah menjadi seorang yang lebih berakhlak dan beragama. InsyaAllah. Dan menjadi isteri yg taat serta ibu mithali.

Tahun ni tahun terakhir kami bertiga. InsyaAllah Jun tahun 2012, akan berempat pula.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat keberkatan daripadaNya.

Much love from me. XOXO!!



Sunday 6 November 2011

InsyaAllah

Assalamualaikum. Dah lama sangat tak update blog ku. Salam Aidil Adha buat semua.

Baru-baru ini ku baca Surah Al Kahfi yang bermaksud 'Gua' dan mendapat satu ilmu baru tentang perkataan 'InsyaAllah'. Perkataan 'InsyaAllah sebenarnya amat penting dalam kehidupan kita kerana hidup kita semua bergantung pada Allah SWT.

Dalam Al Quran dan Terjemahnya, muka surat 447, di bawah sekali ada penerangan ini :
"Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang roh, kisah ashhaabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Dzulqarnain lalu baginda menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan. Dan baginda tidak mengucapkan 'InsyaAllah' ( jika Allah menghendaki). Tapi kiranya sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi s.a.w tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi s.a.w lupa menyebut 'InsyaAllah' haruslah segera menyebutnya kemudian."

Juz 15; Surah Al Kahfi; Ayat 23-24 yang bermaksud:

"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi, kecuali (dengan menyebut) : "InsyaAllah." Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."

Jadi, walau macam mana kita yakin terhadap sesuatu benda pon, kita wajib menyebut 'InsyaAllah'. Sesungguhnya segala yang telah terjadi dan yang akan terjadi hanyalah dengan kehendak Allah SWT.

Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

Much love from me. XOXO!

Thursday 20 October 2011

Rinduuuu

Hatiku tak tenang. Terasa rindu dgn Mekah. Hajat utk menunaikan haji pada tahun ini tidak tercapai. Mungkin belum rezekiku lagi untuk menunaikan rukun Islam ke-5. Mungkin ketidaktenangan hatiku kerana aku alpa dan lupa mencari akhirat.

Much love from me. XOXO!

Monday 3 October 2011

Dua Hati Menjadi Satu :)

Assalamualaikum. Oh I LOVE weddings!!

On the 2nd week of Aidlfitri one of my BFF from The Ks got married with the lucky guy that she loves sooo much.

 Ezza + Apeh

The solemnization was held at the mosque near her house at Persiaran Sembilang, Seberang Jaya. Alhamdulillah everything went well and im soooo happy for them.

 3 gadis di belakang pengantin bergossip

From the Ks, it was just me, kirah and aby on the akad nikah day. Mai plan nak dtg Penang on that day but kesihatan Farieth tidak mengizinkan mereka utk sampai. Time akad nikah, shaney (Eiz's sis) n their mom menangis sungguh2 sampailah ke rumah. Kami pelik dan mengeluarkan macam2 spekulasi.


 3 of us
Bihun itu sgt perfect rasanya! Tidak cukup sepinggan u ols!

After dah kenyang makan bihun sedap, me pegi check in Sunway Hotel n kir went to her house with aby untuk tukar baju n solat. And then after maghrib we ols pegi ke Penang Island to send my maid to the agent back, went to an "Open House" and then pi makan dekat Padang Kota Lama.

Yes, i send my maid (in the prev. entry) back to the agent and now i feel sooo good and x stress langsung without a maid ok. Tapi tipulah kalau dah tak nak maid dah after this. Maid is still needed because im getting busier everyday mencari rezeki.

Baru sampai Padang Kota Lama
 Menunggu foods
 Sotong Kangkung sedap!
 Tomok
 Boyzone
Kerang Bakar

Keesokan harinya is wedding reception Ezza+Apeh. Theme Purple+Pink+Yellow. Side Ezza pakai purple, side Apeh pakai pink and the bride+groom pakai yellow. Kami bertugas menjadi dayang2 dan kami sangat suka! Apa lagi melaram la we all depan camera. Mai yang beri arahan utk pose.

 Sweet pose
 Berlagak pose
 Pairing pose
Feeling Vogue pose

Dalam feeling2 tengah pose, terdengar satu cerita sedih....

 Sedang menjalankan tugas sebagai The Dayangs
 Sweet kan color we ols :p
 From side Apeh
 Bride+Groom with The Dayangs & Bridesmaids
 Giliran I bagi bunga telur
 Ezza sedih katanya sbb terharu.. Kami masih tak tahu cerita sebenar
 Her tears cannot stop dropping :(

After dah siap menjalankan tugas sebagai The Dayangs, kami pon siap2 utk pulang. So tengah berkumpul dekat luar untuk peluk cium before balik, Syakirah a.k.a YB Midah pon buka cerita kisah sedih yang menimpa family Ezza. Rupa2nya yang Kak Shaney & Mak Ezza menangis time nikah and Ezza menangis time bersanding adalah kerana kejadian tragis yang menimpa keluarga abang Ezza, Piduih semasa dalam perjalanan utk menghadiri majlis pernikahan Ezza+Apeh. Kereta kakak ipar Ezza terbabas di Slim River.

Paling menyayat hati adalah kakak ipar Ezza yang sedang pregnant 8 bulan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut begitu juga dengan baby dalam kandungannya. Ibu Allahyarham patah kaki dan anak sulungnya tercampak keluar kereta dan patah tulang belakang. Alhamdulillah Ibu dan anaknya dapat diselamatkan.

 Inilah Emil yang cedera tulang belakang. Semoga anak ini mendapat kekuatan drpd Allah SWT.
Lahaulawalaquwwataillabillah

Ajal maut di tangan Allah SWT. Allah lebih menyayangi mereka. Yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu teruskan hidup. Inilah kisah di dalam suka ada duka. :(
 Suami2 the Ks
Suamiku juga mengikut tema :)
 
We ols before balik

That's all for now. C u guys on the next post.  Assalam.

Much love from me. XOXO!





Monday 12 September 2011

Hello

Assalamualaikum readers. I've been busy lately, busy beraya la kan. Plus byk sgt masa dlm kereta je. So x sempat2 nak update my blog. There are so many things i would love to share with u guys.

Will update soon!!!

Much love from me. XOXO!

Wednesday 7 September 2011

Solat Sunat Aidilfitri 2011

1st time Ayra berhijab. Tujuan??
Assalamualaikum. Aidilfitri tahun ni 1st time Ayra ikut mommy pergi solat sunat Aidilfitri di masjid. Masuk masjid mestilah kena tutup aurat kan. Thats y la gambar dkt atas tu Ayra berhijab. Geram tgk muka dia yg bulat tu. Hijab tu ibu Ayra (my older sis) yg belikan.

otw to the mosque

Waiting for Daddy

Ayra tired of waiting. Daddy stuck dlm masjid.

Dah sampai rumah. Geram tgk Ayra looking at her Daddy like that!

3 of us :)
Sebagai mommy, kita kenalah sentiasa berdoa utk anak kita kerana sesungguhnya doa seorang ibu utk anaknya sgt lah mujarab. Wallahu'alam. Semoga Ayra Jamal menjadi hamba Allah yg beriman dan bertakwa dan menjadi anak yg solehah. InsyaAllah. Amin.

Much love from me. XOXO!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalam..

Kadang2 rasa macam byk sgt beban nak ditanggung dlm hidup ni. Itu kalau difikir secara negatif dan busuk hati la. Tapi hakikatnya, itulah hidupku yg telah ditentukan oleh Allah. My husband ada pesan " Kita ada perancangan kita, Allah ada perancangan Allah. Tapi perancangan Allah lah yg terbaik utk kita."

Harini mmg hari yg busy. Bukan busy body tp busy berfikir mcm mana nak menjana pendapatan yg lebih byk. Sampai x sempat nak bawa Ayra pegi school, nasib baik ada my sister, Intan tlg bawakan Ayra ke school. Banyak strategi yg telah disusun, harap semua berjalan dgn lancar. Lepas dah perah otak dkt ofis, pegi dinner dkt Al Rawsha, my favourite restaurant. Dptlah release tension sikit tgk Ayra main dgn cousinnya Faiq.

Bila balik rumah pulak, kena selesaikan masalah maid. Agent yang menipu maid, kami pulak yg kena tanggung. Tp bukan atas sbb paksaan, rela seikhlas hati nak membantu org yg dlm kesusahan. "Kita takkan pernah rugi membantu org yg dlm kesusahan" . Ini bukan keluhan, tp saja nak berkongsi.

SIL ada cadangkan utk laser parut2 jerawat diwajahku ini. Katanya hidungku mmg dah teruk sgt. Biasalah kita perempuan mesti nak cantik dulu kan. Tp memandangkan ku kena membantu maid ku, niat utk melaser wajahku perlu ditangguhkan.

Tak faham dgn org yg iri hati sgt dgn semua org. Sakit je hati dia tgk kita senang. Ada je yg nak dipertikaikan. Kepada org yg mcm tu, ingatlah, kita kena redha dgn apa yg kita perolehi kerana itulah rezeki yg Allah dah tentukan utk kita. Kalau nak lebih, byk2lah berdoa kepada Allah minta apa yg kita nak dgn yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita tu dan berusaha dgn gigih. Bukannya mempertikai rezeki org lain. Pastu kalau berbelanja tu ikutlah kemampuan, jgn nak ikut org sgt sampai kena minta duit dkt org lain utk keperluan hidup. Malulah at least pd diri sendiri.

Tulisan kali ni agak panjang. Jgnlah bosan membacanya ok kerana ini adalah luahan hatiku.

Much love from me. XOXO!

Sunday 4 September 2011

Salam Merdeka Raya

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah raya kan. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-54.

Tahun ni yg ke-6 celebrate raya dengan Mua'amar Ghadafi Jamal dan yg ke-2 dengan Ayra Jamal. And this time turn beraya di rumah Ipoh with in laws.

Ayah Mak Hubby Me Ayra Iqbal Iqwa

This year hanya kami sahaja yg berkumpul di hari raya pertama. Abg Jay beraya di kampung Kak Long, Apeh beraya di kampung Shima. Walaubagaimanapun hari raya kami tetap ceria and happy!! Tp kalau complete semua lagi happy!!!

Rutin raya macam biasalah, bangun pagi Mandi Sunat Hari Raya, solat Subuh and then bersiap. Ayah kata gather dkt living room at 7.30am, tp biasalah mesti ada yg terlambat kan. So upacara bersalam started at 7.50am. 

Adik bg ucapan raya
Senyum raya from Iwa
Ucapan raya suamiku
Trying to senyapkan Ayra
Ayah seronok dgr ucapan adik
Mak pon happy

Lepas semua orang bagi ucapan masing2, upacara bersalaman dan bermaafan pon bermula lah. 






Lepas bersalam, makan n then solat sunat Aidilfitri. After that, balik kampung!!!

I had a great Raya this year. Harap sampai la umur ke raya next year. InsyaAllah. 
Much love from me. XOXO!


Sunday 28 August 2011

Ayra at School

Maria Montessori mencipta teknik montessori untuk mendidik kanak2 istimewa pada mulanya. Dia mendapati bahawa teknik itu berkesan dan mencubanya ke atas kanak2 normal, dan hasilnya sangat menakjubkan.

Mengikut kajian, kanak2 yang diajar melalui kaedah montessori akan menjadi seorang yang BERDIKARI, LEBIH TENANG dan BIJAK. Wallahu'alam.

Here are some photos of Ayra Jamal and Sephia Rania at school. They were super cute playing together. Kadang2 rasa macam playdate pulak because there were only the 2 of them in the class lately.










Comelkan mereka? Sangat geram tengok dorang play and learn together. After raya me, Cat and teacher Carmen are planning to go shopping together at The Summit. Bukan shopping handbag ok! Shopping barang2 montessori. Will update soon. Adios!!

Much love from me. XOXO!